Renungan

"Sesuatu Yang Telah Ditakdirkan Untukku, Pasti Akan Aku Dapat Meskipun Aku Lari Darinya........ Dan Sesuatu Yang Ditakdirkan Bukan Untukku, Pasti Aku Tidak Akan Dapat Walau Aku Bersusah Payah Untuk Mendapatkannya....... "

My Beloved Followers

Hikmah Ayat 1000 Dinar


Maksudnya :

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat 1000 dinar adalah sebaik-baik segala doa untuk segala masalah. Banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi mampukah kita menghafal kesemua doa-doa tersebut? Hanya segelintir diantara kita yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk satu tujuan.

Tetapi ayat 1000 dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis. Dikala kita dalam kesusahan, ada kalanya kita terlupa apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat 1000 dinar yang mudah dibaca dan dihafal sewaktu dalam keadaan darurat.

Ayat 1000 dinar mengandungi 1000 faedah jikalau diamalkan setiap kali selepas solat fardu dibaca sebanyak 3 kali, insyaALLAH akan beroleh 1000 faedah. Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan. ALLAH akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan ALLAH menyampaikan segala hajatnya dengan beramal bersungguh-sungguh serta yakin dengan ALLAH dan akan terlindung dari segala bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu, dibaca pada air sebanyak 3 kali dan diberi minum, insyaALLAH si pesakit akan sembuh dengan izin ALLAH.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat 5 waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari ALLAH.

Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakal kepada ALLAH, baca ayat 1000 dinar ini sesudah solat 5 waktu, baca ketika hendak tidur 3 kali, dan baca ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya 3 kali.






0 Keping Surat Layang: