Renungan

"Sesuatu Yang Telah Ditakdirkan Untukku, Pasti Akan Aku Dapat Meskipun Aku Lari Darinya........ Dan Sesuatu Yang Ditakdirkan Bukan Untukku, Pasti Aku Tidak Akan Dapat Walau Aku Bersusah Payah Untuk Mendapatkannya....... "

My Beloved Followers

♡ Kek Lapis Asam Manis Alisya ♡

Favorite kek Alisya  


Semalam disebabkan terlebih rajin so, aku & ibu buat 3 biji kek lapis asam manis... Tengok la pic kat atas tu, si kecik Alisya suka betul makan kek ni... Selalu si kecik ni cerewet bab makan, tapi kali ni banyak plak dia makan kek lapis ni...

Kali ni kek lapis yang aku buat ni x berapa cantik sangat may be sebab ibu masukkan susu pekat sikit dalam adunan, sepatutnya x payah letak pun x pe.. Just letak susu cair je dah cukup... Tu yang kek ni nampak basah... Aku lebih suka kek tu nampak kering sikit... Tapi x pelah, janji sedapppp....hehe
Banyak lagi pic si kecik dengan kek lapis... View pic-pic yang lain k...
Sedapnyeeeeeee
Bila suruh posing depan kek, macam2 gaya si kecik ni buat...geram tengok


Kalau nak buat kek lapis ni memerlukan kesabaran yang tinggi taw... Yelah buat kek lapis ni bukan macam buat kek lain... Kek lapis ni kita kena kukus dia selapis selapis... Maksudnya, bila dah letak color merah+tabur asam then kukus.. Bila dah masak lapisan tu letak lagi color lain sampai la siap...huh!!


Korang nak resipi "Kek Lapis Asam Manis Alisya" ni?? Boleh.... Try la buat.. Nanti post la kat sini sikit...hehe


Resipi Kek Lapis Asam Manis Alisya

Bahan :
  1. 6 biji telur
  2. 1 buku butter
  3. 1 cawan gula halus
  4. 1 cawan susu cair
  5. 2 cawan biskut marry (dihancurkan/blander sehingga halus)
  6. 1 cawan tepung kek
  7. 2 sudu besar horlicks
  8. Essen vanilla 
  9. Essen rose
  10. 3 pewarna (merah, hijau & kuning) => terpulang kepada individu nak guna color apa
  11. Asam manis 
  12. Baking powder
Cara membuat :
  1. Pukul butter + gula
  2. Masukkan telur + susu cair + baking powder + essen vanilla + essen rose
  3. Masukkan 3 jenis tepung tadi & gaul sehingga rata
  4. Bahagikan adunan yang telah digaul rata sebentar tadi kepada 3 bahagian
  5. Letakkan pewarna kepada setiap adunan yang dibahagikan kepada 3 
  6. Lapiskan selang seli dengan asam manis
  7. Kukus selapis demi selapis sehingga lapisan yang terakhir


SELAMAT MENCUBA!!

7 Keping Surat Layang:

Mak Ana said...

nak order buleh??? :D

Mak Ana said...

nak tempah boleh???

Nad1ah said...

boleh2...
serious ke ni??hehe

Mak Ana said...

BLEY KER???

Nad1ah said...

Boleh sgt2 mak na... :)
mmg kitorang ade amik utk order..

Schya Echa said...

hahahaha...lawa btoi muke alisya yea..

Nad1ah said...

bl aku soh bgambor mcm2 memek muke dia bt...sbor je la...haha