Renungan

"Sesuatu Yang Telah Ditakdirkan Untukku, Pasti Akan Aku Dapat Meskipun Aku Lari Darinya........ Dan Sesuatu Yang Ditakdirkan Bukan Untukku, Pasti Aku Tidak Akan Dapat Walau Aku Bersusah Payah Untuk Mendapatkannya....... "

My Beloved Followers

Hikmah Ayat 1000 Dinar


Maksudnya :

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat 1000 dinar adalah sebaik-baik segala doa untuk segala masalah. Banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi mampukah kita menghafal kesemua doa-doa tersebut? Hanya segelintir diantara kita yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk satu tujuan.

Tetapi ayat 1000 dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis. Dikala kita dalam kesusahan, ada kalanya kita terlupa apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat 1000 dinar yang mudah dibaca dan dihafal sewaktu dalam keadaan darurat.

Ayat 1000 dinar mengandungi 1000 faedah jikalau diamalkan setiap kali selepas solat fardu dibaca sebanyak 3 kali, insyaALLAH akan beroleh 1000 faedah. Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan. ALLAH akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan ALLAH menyampaikan segala hajatnya dengan beramal bersungguh-sungguh serta yakin dengan ALLAH dan akan terlindung dari segala bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu, dibaca pada air sebanyak 3 kali dan diberi minum, insyaALLAH si pesakit akan sembuh dengan izin ALLAH.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat 5 waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari ALLAH.

Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakal kepada ALLAH, baca ayat 1000 dinar ini sesudah solat 5 waktu, baca ketika hendak tidur 3 kali, dan baca ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya 3 kali.






Si Budak Mucuk

Assalamualaikum wbt..

Diam tak diam dah nak masuk Tahun 2012.. Cepat betul masa berlalu.. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk aku bernafas di muka bumi ni.. Terima kasih Ya Allah..

Lama kot aku tak menconteng kat blog aku ni.. time cuti sekolah ni la baru aku dapat nak bernafas sikit.. even cuti sekolah tapi ade je program aku kena attend.. latest ni masuk koir..huhu.. suara macam katak ni pun boleh masuk koir.. aduyai.. dah pihak Jabatan pilih REDAH JE!! ^_^

Pagi tadi mula la tugas aku macam biasa.. al maklumlah cuti sekolah, so tak keje.. rileks la sikit kan.. tapi even tak keje time cuti sekolah ni, aku tetap bangun awal macam aku nak p keje selalu.. Ok, lepas je solat aku terus on komputer.. check email je pastu terus shut down komputer.. boring kot on9 lelame.. tak tau nak buat ape..

Hari ni cam biase aku tolong ibu tercinta masak untuk makan tengah hari.. lauk biase je arini.. lepas siap masak aku terus bersiap2 p Taska.. p ngan SI BUDAK MUCUK la ngan sape lagi.. aku p Taska ni pun sebab nak submit form SI BUDAK MUCUK aka ANGRY BIRD.. tahun depan dia dah nak sekolah dah.. cam tak caye je SI BUDAK MUCUK tu dah nak sekolah... kejap je dah besar anak mama ni (ni panggilan manje dia kt aku  mama = mokde)..hihi

Camne la gaknye SI BUDAK MUCUK tu sekolah tahun depan ek.. Hopefully dia tak nangis.. Tadi bawak dia p Taska dia diam je, sopan je.. kalau tak mulut riuh macam burung kakak tua.. ni bila dia jumpa Cikgu Mimi ngan Umie terus senyap.. memula je kot dia macam tu.. lame2 nanti ligat la tu.. SI BUDAK MUCUK ni mule2 dengan orang yang dia tak kenal dia malu2 kucing tapi bile dah lame2 amik kaw huh!! penat nak melayan mulut dia tu.. ^_^

SI BUDAK MUCUK aka ANGRY BIRD

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan: 

1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begituselama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yangl ebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahumacam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca basmalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat.Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu 
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cintapada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan 
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."







Sumber : facebook - jomdakwah

Kesilapan Mendidik Anak


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Sumber :- Up To Mu

Memilih Imam Rumah Tangga

“Bakal suami kamu kerja apa?’, tanya seorang Mak Cik kepada seorang anak gadis pada suatu hari.
“Dia kerja biasa-biasa saja Mak Cik”, jawab gadis tersebut.
“Kenapa kamu tak pilih yang berpangkat besar?”
“Dah ini jodoh saya Mak Cik”.
“Berapa gajinya sebulan?”.
“Tak tahulah saya Mak Cik. Dia tak pernah beritahu”.
Apabila seseorang anak gadis ingin melangsungkan perkahwinan, inilah antara soalan popular yang sering di tanya. Status bakal suami, gaji yang diterima dan ada juga yang sanggup bertanya berkenaan rupa paras bakal suami tersebut.
Paling kritikal adalah apabila ada dalam kalangan sanak saudara sebelah bakal pengantin wanita yang menjadi spy membuat penyiasatan ke atas lelaki yang bakal di kahwininya. Semuanya adalah bertujuan untuk mengenalpasti status bakal suami anak gadis tersebut.
Pernah saya ketemui seorang sahabat yang hampir-hampir mengikat tali pertunangan, tetapi diputuskan oleh ibu gadis itu sendiri. Menurutnya, ibu gadis tersebut enggan menerimanya semata-mata kerana dia adalah seorang ustaz. Apa yang dimahukan oleh ibunya adalah bermenantukan seorang Doktor. Nampak seperti lucu, tetapi inilah hakikat yang berlaku.
39327 141295349233339 100000586240563 304119 293978 n 300x228 Memilih Imam Rumah Tangga
Cinta Kerana Material
Hari ini ramai yang menyandarkan material sebagai ukuran untuk memilih menantu. Penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat ini merupakan virus “wahan” yang dinyatakan oleh Baginda SAW yang menimpa umat akhir zaman.
Tsauban radliyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan mengeroyok kalian seperti orang-orang rakus memperebutkan makanan di atas meja.
Ada seorang yang bertanya, ‘Apakah karena pada saat itu jumlah kami sedikit?’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Tidak, bahkan kamu pada saat itu mayoritas, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan air laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al wahan pada hati kalian’.
Seorang sahabat bertanya: ‘Ya Rasulallah, apa penyakit al wahan itu?.’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati’ “.  (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)
Imam Sebagai Nakhoda
Antara ciri-ciri suami yang jarang di tanya orang adalah, pandai menjadi imam solat atau tidak. Untuk menjadi seorang suami yang baik, semestinya suami yang bakal di kahwini mampu untuk menjadi imam di dalam solat seterusnya juga mampu menjadi imam di dalam rumah tangga.
Mendirikan rumah tangga disama ertikan dengan mendirikan masjid. Masjid adalah institusi yang agung yang di ketuai oleh seorang Imam. Namun begitu, agak janggal apabila “masjid” yang hasil daripada akad nikah tiada imam di dalamnya. Tiada solat berjemaah, tiada bacaan al-quran dan tidak memenuhi tuntutan syariat Allah SWT.
Masjid yang didirikan di isi dengan peralatan karaoke untuk dinyanyikan oleh seisi keluarga. Akhirnya masjid yang dibina tiada rohnya, akan akhirnya ranap menyembah bumi.
Cahaya Rumah Tangga
Bakal suami yang dipilih mestilah mampu untuk menerangi rumah tangga dengan cahaya. Cahaya yang di maksudkan bukanlah cahaya yang datangnya daripada lampu, tetapi lebih dari itu. Cahaya yang datang daripada anugerah Allah SWT melalui amalan solat dan membaca al-Quran. Sabda Rasullah SAW:
“Terangilah rumah-rumah kamu dengan sembahyang dan membaca Al-Quran
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Namun begitu, untuk menjadikan perkara ini suatu realiti bukannya suatu perkara yang mudah. Walaupun semasa perkahwinan hadiah hantarannya berupa kain telekung dan sejadah serta senaskah al-Quran, tetapi itu hanya sekadar hiasan. Kain telekung dan kain sejadah yang diberi disimpan di dalam almari dan hanya dibuka sekali sekala tiba hari raya. Manakala al-Quran diletakkan di atas rak dan akhirnya berdebu dan hanya dibuka apabila berlakunya kematian.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, penentuan calon suami yang betul-betul berkelayakan adalah sangat penting. Kelayakan yang di maksudkan adalah dari sudut agamanya dan barulah diiringi faktor-faktor lain. Bagi golongan lelaki, persiapkanlah diri dengan ilmu agama. Bukan mahu jadi alim untuk mengajar di surau-surau, tetapi cukup sekadar dapat di amalkan dan di kongsi dengan ahli keluarga.


Sumber :- 
kepuncakmahligai

Fadhilat Solat Tarawih


Kelebihan Solat Tarawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Sumber :- Hanif Junaidi

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?

alt
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Sumber : i luv islam.com