Renungan

"Sesuatu Yang Telah Ditakdirkan Untukku, Pasti Akan Aku Dapat Meskipun Aku Lari Darinya........ Dan Sesuatu Yang Ditakdirkan Bukan Untukku, Pasti Aku Tidak Akan Dapat Walau Aku Bersusah Payah Untuk Mendapatkannya....... "

My Beloved Followers

Astagfirullahalazim .. Untuk Renungan Bersama



Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Cerita Pengemis & Isteri Cantik


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.''Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Hantaran Tinggi

Juz sharing babe.... There is this one incident which led to a POLICE CASE....
KURANG AJAR ABIS pasal hantaran TINGGI2..... 

Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"
Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun pahamlah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."
Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku...ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."
Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Tak pun macam gini lah.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT RM2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik....Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua
BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS... tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

Gelak?? Terperanjat? I was a witness there. This really happened da.... Sounds funny but if u were there confirm lost kejap.... what happened next was an UGLY scene.... bertikam lidah sampai 3 lelaki bengap datang step hero.Diorang pon kena maki terok2 dgn 'Emak kepada minah' tu. (",)

Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul,yg dipraktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat. Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yg berjaya, namun mereka lupa akan amanah yg dijanjikan sblm dikurniakan anak itu. Subhanallah.

P.S: kalau your parents ada plan buat ni mcm, suggest to them to advert via 'ClassiFied Ads'. Insyallah ada yg mampu & sudi 'melanggani' iklan anda.

Cemburu

CEMBURU bagaikan garam dalam masakan, sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa.
Cemburu juga menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan.

Bagaimanakah situasi cemburu yang sesuai dan bagaimana pula cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat.

Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru-hara dengan pertengkaran.

Untuk mengatasi cemburu yang tidak berasas, gunakan fikiran untuk mengawal emosi, bukan sebaliknya.

Apabila dirasuk rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.

Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan saja anda dapat atasi rasa cemburu malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami.

Seandainya si dia memang menipu, sekurang-kurangnya, anda sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan yang menentukan.

Cemburu memang bahaya dalam perhubungan. Berikut petua yang mungkin boleh dijadikan panduan:
 Betulkan semula niat
Pertama, perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjarannya.

Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.
Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita.
 Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik justeru, anda akan mula belajar erti reda.
 Dekatkan pada Maha Pencipta
Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta.

Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita lantas rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.
(Sumber : Metro 17/06/2010)

Motivasi : Petua Mencuci Hati ( Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah )

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu cara yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3)
Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4)
Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5)
Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6)
Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7)
Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan
13) Jaga makanan - Jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat